Pagi tadi ade citer
'Mom at sixteen' kat Channel Hallmark. Best jugak. Theme: Humanity,love & family values. Sesape nak baca info die sile klik
sini.
Aku macam tukang review filem pulak. Hahaha..Obviously pasal seorang teenager aged 16 yang struggle untuk hidup seperti biasa di antara menjadi seorang remaja dan seorang ibu. Menjadi ibu koboi atas dasar keterlanjuran+cinta. Last2 laki tu xmo pon bertanggungjawab. Tapi lead actress tu santekkk.. Tak jemu aku melihat beliau. Hehe..
So, aku terfikir la. Best jugak kalo bincangkan hal nie. Eishhh..best lak. Macam pengulas pulak. Mana taw satu hari nanti aku ade kolum sendiri kat paper. Best2. Hik3..
Sebab ape aku nak sebut pasal benda nie?
Sebab aku dah bosan mendengar keluh kesah orang2 (mangsa konon) yang menyesal selepas itu. Aku sangat BOSAN mendengar mereka menyesal sambil meleleh nangis. Seyesli! Nape sebelum buat tak menyesal pon.. Ade kew orang sebelum buat menyesal?? Hehehe..
Terlanjur la, cinta la, hanyut la..bosan la. Kalau betol2 cinta kawen la dulu. Ok, kalo tak nak kawen tapi nak buat jugak, Tuhan ada pesan kalo dah sangap sangat, either kita berpuasa atau kawen saja.
Sebab tu la dalam Islam menggalakkan kawen ala kadar sebab nak menggalakkan umatnya senang berkawen dari membuat perkara maksiat. Aku pon xtaw nak cakap hal2 agama. Sikit2 bole la. Hehe..
Sangat mengejutkan tengok video budak2 sekarang. Budak sekolah rendah pon dah advanced.
Aku rasa root of these problems tak lain tak bukan datang dari mak bapak sendiri.Mak bapak yang stereotypically busy menyara famili (konon), open minded (konon). Ambik ko. Anak ko dah macam setan kat luar. Kalo anak tu betol2 sayangkan famili die, die tak kan buat benda2 tak senonoh. Trust me. Haa..ade satu lagi jenis mak bapak yang tak pedulik anak2.
Bukan open minded tu tak boleh, tapi agak2 la. Insyaallah kalo aku jadi parent nanti, aku akan cuba buat pendekatan macam omputeh. Cuba rapat dengan anak, jadi kawan diorang, berkongsi citer2 & masalah. Because I never experienced that. But doesn't mean they have to cross the line!
Macam ada satu kesah kat uitm nie..klakar lakz. Member pompuan aku citer, senior pompuan nie tego die, kalo nak pakai tudung kene buat betol2 sebab membawa imej muslimah. Perangai pon kene elok sebab pakai tudung kan. (fyi senior nie seorang muslimah bertudung).Alih2..die lak ade video kissing kat dalam tandas bersama kapel. Rakus2 cenggitu. Aku dah tergelak dah dengar kawan aku citer. Hahaha.. (aku bukan cakap pompuan bertudung sume tak elok kay.. aku heran sebab beliau mula2 bagi nasihat lepas tu..hehehe)
So, nasihat aku sebelum buat itu.. fikirla dulu mak bapak ok. Apa yang akan terjadi selepas itu. Seperti mana
Jacey Jeffries (watak utama Mom at sixteen) cakap,
sex is not only about having fun but sex also a responsible. Big responsible.Contoh2 kesan buruk nya, korang kena berenti sekolah kalo yang masih bersekolah tu. Baik hati nye kalo mak korang yg jaga. Si bapak pulak kene la keja nak menyara anak bini. So, zaman remaja kena la tinggalkan..
Tu kira nasib baik kalo si bapak nak bertanggungjawab. Kalo taknak, buang bayi la gamaknya. Kalo bayi tu tak bernasib baik, mati la bayi tu kene tinggal. Sangat tidak adil, sesape yang ada anak tapi buang anak nie.
Pasangan suami isteri yang sah, bertahun2 tak dapat anak. Korang senang2 pulak buang anak. Aiyoo..baek korang daftarkan bayi tu kepada pasangan yang bertahun2 nak anak. Macam omputeh buat.Tapi aku bukan menyalahkan pompuan ek. Sama saja dua2 belah pihak. Si lelaki kalo boleh sume pompuan nak dimain dalam otak pikiaq benda tu aja (tak sume..hehe..sebilangan). Lepas tu tak nak bertanggungjawab. Nanti kat akhirat ko jawab la sendiri.
Kalo korang cakap aku kolot, aku pedulik aper. Ada aku kesah??? Hahahaha...
p/s: Aku tak marah... tengok, nada aku cool je..hehehe..