Mula-mula aku nak pergi bayor kat pos office. Aku ingat bukak kol 9, sebelum kol 9 aku dah pergi menjenguk. Skali aku tengok, dah penuh dah tempat alah tu!
Guess what??? Kaunter ada 3 je. Dua kaunter pelbagai, satu kaunter bungkusan. Punya la bersopan-santun berbudi pekerti aku tanya sorang pakcik tu mana nak dapat nombor giliran, dia bagi muka kerek. Hampeh!
Aku dapat nombor 43 for god sake! Dah la kaunter bukak satu je. Satu kaunter lagi mana ntah pergi pekerja tu. Cuti ke ape ntah. Ntah2 curi tulang. Dah la manusia macam sardin, satu je kaunter bukak! AMAT HAMPEH!
Baru je no 19, nak mampos agaknya aku tunggu sampai tengah hari. Baik aku blah. Last2 aku bayar kat Bank Rakyat je.
Kekadang aku heran resam orang bekerja nie. Ada kerja tapi suka curi tulang. Orang lain macam separuh mati cari kerja, orang yang dah dapat kerja pulak slumber unta tenuk je curi tulang.
Kalo memang kekurangan pekerja, apsal tak recruit. Takde pon iklan kuar kat paper. Nak tunggu sedara-mare boss apply kerje tu sampai ke tua la takde orang isi kekosongan tu.
Tau la sekarang adat nak ambik pekerja dari kenalan orang yang bekerja tempat tu jugak. Logik kew makhluk yang bertandang punya la banyak, sekor je makhluk kat kaunter. Logik ke!
Aku rasa sape2 yang suka curi tulang tu, elok berenti kan je. Padan muka. Kalo takde keje baru menyesal. Camne la kerajaan nak meningkatkan output sektor perkhidmatan kalo ade makhluk camnie.
Lagi satu, kalo institusi yang menyediakan servis especially kerajaan, punya la berlagak mereka2 yang bekerja kat situ. Macam la aku nak sangat menghadap korang. Muka masam tahap cipan. Penat-penat je aku berbudi pekerti, takde pekdah.
Sekarang aku dah faham, kalo seseorang tu mula-mula start nak keje, wujudnya nilai murni seperti baik hati, rajin, suka senyum. Kalo dah lame keje, naik lemak dah.. Start nak masam2 muka, tak boleh nak tanye sikit mesti melenting. Keje pon bukan bagus sangat dah berlagak. Blom lagi jadi boss!
Aku berharap satu hari nanti bila aku dah bekerja aku akan mengekalkan etika berkerja dengan betol dan masih sidd yang dulu, murah dengan senyuman, rajin, peramah & tidak menghakimi seseorang terlalu awal..chewaahhh..angkat bakul sendiri nampak...wekkkkk...
Korang nak tau apsal???? Sebab aku pernah merasa di layan dengan buruk ketika berurusan di kaunter dan aku paham perasaan sape2 yang pernah terkena. Mesti korang paham perasaan diorang kan?
Korang mesti pernah berdiri di tempat diorang kan?
Sekian...bebelan untuk hari nie...sekian terima kasut.
2 comments:
huh setuju sangat3.
mmg rmai makhluk2 yg cmni.
da la lambat, patu muka xmesra alam lgsong.
:)
betol cakap cek pqa... dah la lambat wat muka longkang lak...eksen saja lebeyyy...
hbs keje nak balik awal lak.... banyak cantekkkk...
Post a Comment