BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Thanks for viewing, reading & commenting on my blog. Sorry that my blog is not as promising as the other blogs. But I keep learning & make it as an outgoing process.

My biggest problem is making friends among bloggers because I'm kinda new and I just started in the middle of 2008.

Then my problem is in handling the blog itself. You can see that my blog is not interactive as yours with very basic layout, lame pictures, uncool widgets just because I'm DUMB at these things which I major the BASIC only.

SO, I need your guide because I'm a NERD science student that know nothing like budak baru blaja..

I'm so appreciate your comments during your visit at my blog.

Sesape yang aku follow tu, aku nak ucap sori sebab nyebok. Don't get me wrong ok. I don't have any specific reason. No reason actually.

Peace!
-the writer

:)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Share

Wednesday, September 30, 2009

Kalo boleh aku ingin lesap dari muka bumi nie..


Aku tertekan. Aku tak taw nak gtau kat saper. Nasib baek ade Farah & blog nie. Tempat aku meluahkan isi hati aku. Kalo takde diorg memang aku akan jadi gila. Trust me.

Dari malam tadi aku tertekan. Pasal family problem. Persengketaan antara 2 keluarga. Sesape tak paham tu sile baca entry nie yang aku pernah tulis dulu.

Orang sebelah rumah aku buat hal. Anak adik mak aku. Gengster konon. Blaja pon blom habis lagi. Dah la bodo bangang. Bukan pandai pon. Mak pon galakkan anak jadi gengster. Mak mastermind macam Claudia Buenavista dalam cita Pangako Sa Yo.

Malam tadi aku amek kakak aku. Nak reverse keta masuk porch. Sapa la bangang letak baldi kat tepi2 tu. Tau la tu kawasan dia. Tolerate la alihkan baldi tu. Sekali bapak aku sound kat budak2 tu.

"Ko alih baldi tu. Kalo tak aku sepak baru ko tau!"

Kawan si bangsat tu pon alihkan. Dah habis aku masukkan keta. Die blow2 moto sampai full tanda provoke & protes. Bapak aku dah la panas baran. Bapak aku dah tunggu kat luar. Tengah tunggu nak tampar je budak tu. Bapak aku cakap.

"Pahal malam2 nie bising2 nie. Orang nak tido ke apa ke!"

Tau kecot. Kalo aku tak tahan bapak aku, naya jew budak tu. Dah tu, budak tu pergi mengadu kat sekutu die. Takde respon pon sekutu die. Dah die pon tak suke kat ko. Perangai macam bangsat. Ingat ko banyak kawan gengster2 ko kuat sangat la.

Malam nie tak berani die nak blow2 moto lagi. Aku nak ingatkan, ko tu tak mengenang budi langsung! Sekolah lagi tak habis. Aku nak tunggu ko habis sekolah hujung tahun nie. Samada aku nak tengok ko jadi manusia atau penyangak lepas tu.

Aku nie bukan jenis yang mengungkit tapi disebabkan perangai ko macam setan aku nak ungkit jugak.

Mase ko sakit perot macam nak mati dulu, sape yang bawak ko pergi klinik malam2 buta kalo bukan BAPAK aku. Kol 3 lebey pulak tu. Dah la klinik 24 jam jauh!

Dulu masa mak ko takde duit nak menyara kakak ko kat U, die pinjam kat sape? Mak aku jugak. Nak gadai cincin kawen rege seratos. Tapi cine kedai emas nak amek brapa je?? Sepoloh ringgit je ko taw!!

Mase ko takde keta dulu, keta sape yang bapak ko salu pinjam nak pergi jumpa moneylender? Kalo bukan keta BAPAK aku!

Mase bapak ko meninggal, duit sape yang mak ko pinjam nak wat kenduri tahlil kalo bukan duit makcik aku!


Ko jangan lupa bapak ko pernah diistiharkan muflis dulu. Ko senang sekarang pon sebab duit bapak ko yang meninggal tu. Tu duet nyawa ganti nyawa bapak ko. Duit tu ko wat enjoy.

Beli moto, beli keta kenari. Tu sume duit nyawa bapak ko. Korang enjoy bagai nak rak. Tyme maghrib, bukak sound keta kuat2, gelak2 pulak tu. Blow2 moto. Bulan pose, party tegok air kat luar rumah. Tak malu ka?? Belom sampai setaun bapak ko meninggal ko dah enjoy bagai tiada hari esok!

Menangis bapak ko kat kubur tu. Tunggu sedekah dari anak2 dan isteri yang soleh & solehah. Ko tak teringat ka kat bapak ko. Daripada ko enjoy2, baik ko bwk sembahyang tanda ingatan kat bapak ko. Jadi, korang nangis2 tyme bapak ko meninggal tu adalah PALSU la?!!



Fuhhh...dah..lega dah. Korang tak baca pon takper k. Nie khas untuk die je. Aku just kesian kat bapak aku je. Die orang luar kat sini. Tempat nie, tempat famili mak aku.

Aku rasa nak bawak je famili aku lari dari tempat nie daripada diorang penat2 stress. Aku tau tujuan diorang buat camtu ialah nak halau ktorg dari tempat nie. Aku tau.

Kalo boleh aku nak cepat2 pergi sambung dgree kat UiTM Shah Alam. Dapat aku larikan diri dari masalah nie. Tapi kesian pulak kat famili aku. Bawak bersabar je. Tuhan ade.

Aku rasa nak pergi jauhhhhhhhhh.....tempat yang aku boleh spend masa berjam2 tanpa perasaan bimbang sedikit pon. Aku nak berkenalan dengan orang yang aku x kenal. Aku nak blaja benda yang aku x tau. Aku nak pergi tempat yang penuh dengan ketenangan.

Bila la nak selesai masalah nie. Mungkin ibadah aku tak lengkap lagi sebab tu la tuhan blom makbulkan lagi doa aku.


Share

Tuesday, September 29, 2009

Pesal henpon sony sumer camnie!!! Tensen aku!!

Nie henpon saya. Mula2 saya sukakan hp ini sebab Sony design nipis, trendy & compact....KONON...tapi saya mulai benci campur nyampah bila..


Baru dekat nak setahun keypad beliau yang bergetah tu dah tanggal2 & berlobang mencacatkan pemandangan.

Camnie la rupa keypad beliau yang berlobang2 kawah tu..





Lepas tu part metal2 pon dah luluh..macam tajuk lagu samson.




Faking syet....bushet......pesal hanpon sony sume camnie!!!
Vavi tol........



Share

Sunday, September 27, 2009

janGan jadi boDo keNa tipU

Hari nie aku gi jalan2 jap. Orang kate hari nie last raya sebab sok orang dah stat keje. Lepas tu aku tengok ade 1 flyer nie memang common la kalo korang tengok kat newspaper memang banyak.

Yang bestnyer, kat flyer tu tulis..


"Jangan jadi bodo kena tipu"


Haa.... gaji kemain lagi dari RM1900 sampai RM3500. Korang rase2 kan keje ape tu?? Kalo aku apply sebab gaji beso ntah2 aku kena jual kat negeri orang. Tak hendakkk... boleh caye kew??

'No fast money in the world'




Situasi seterusnya aku kene 'skipping london' sebab takut kalo ade bangsa lain baca salah faham lakz. Ok...1..2..3..

First of all, this situation is NOT try to insult anyone but only for us try to aware & understand things that revolved around us whether we think we had achieved what we desire the most, all of this time.

That is,

UNITY

My sista who works as a clinic receptionist told me that she had a conversation with a chinese man at the counter.


The man: Why you wearing t-shirt with a chinese letter on it?
My sista: 1 Malaysia..(she said with a smile)
The man: I don't like 1 Malaysia.
My sista: That's your problem and I have my own right to like it.
The man: (laugh)


I'm DID NOT mentioned who I blamed & I'm totally not a racist.

I don't judge people without knowing them.

Saya hanya memberitahu satu situasi. That's all.

Its in your hand to interpreted those situation & I'm not going to help you to interpreted it. Listen to your heart and follow your sincerest instinct. Then, you will get the absolute answer.


p/s: Sekarang saya tidak lagi blank!! T.T


Share

siLa toLong saYa (updated)



*aku masih takder mood nak tulih*

*Ape kes aku nie??*

*4 hari dah blog aku tak tunjuk aper2 pon..*

*Adakah aku dah menopos dari menulis?*

*Adakah bermaksud aku harus berhenti dan tido?*



~Hope bilang gue santap banyak sangat kueh raya..~


Nah...hadiah raya buat cik Hope kita...hehehe...


Tadaaaa~~


p/s: Sesaje tulih semula... nyampah lakz aku skipping London..


Share

Wednesday, September 23, 2009

hari ini adalah 'hari bersalah' (guilty day)

Farinee, Dux & me


Hari ini adalah hari yang AGAK gloomy bagi aku walaupon hari nie AGAK busy. Sebabnyer?? Disebabkan kekurangan aku yang cepat rasa bersalah sehingga menganggu jiwa & ragaku. (Kalo orang taw mesti senang nak amek kesempatan kat aku kan?) Huhuhu...


Sebab-musababnya...


1. Farah cadang supaya aku bawak keta aku tapi takleh sebab keta kakak aku pinjam. Kalo aku bawak keta senang sikit sebab nak pergi berziarah rumah member2 sebab kalo ktorg balik lewat takla aku risau Farah bawak keta sorang2 balik rumah. Pompuan katakan. Aku rasa bersalah kat Farah sebab beliau terpaksa drive..


2. Farah yang bawak kete tapi beliau lewat sikit sebab ade hal kat rumah. Ktorg lewat pergi berziarah. Durasi: 2 jam lamanye. Aku rasa bersalah kat member2 aku sebab lambat...


3. Terjumpa dengan Shuk. Aku rasa bersalah kat Shuk sebab dah lama tak bertego dengan beliau sebab beliau bersikap prejudis kat aku selama nie. Aku rasa bersalah kat Shuk sebab tak bertego sapa dengan beliau..


4. Aku terpaksa meninggalkan Dux (my bestpwen) sebab aku terpaksa balik awal sebab kazen2 aku tengah tunggu nak ajak aku lak kuar berziarah. Kesian Dux, aku jugak yang beria2 nak ajak beliau berziarah. Aku rasa bersalah kat Dux sebab beria2 ajak beliau tapi aku jugak yang balik awal..


5. Aku balik awal dari berziarah dengan member2 sebab kazen2 aku tengah tunggu aku nak pergi berziarah jugak. Kalo aku takde nanti tak cukup korum pulak. Kesian diorang terpaksa tunggu aku, kol 7 pm baru bergerak. Aku rasa bersalah kat diorng sebab terpaksa tunggu aku..


6. Dah beberapa buah rumah diziarahi, perot lak lapar. Kene makan proper food (makan nasik la). Aku ajak diorang pergi makan tapi takde satu pon kedai makan bukak. Yang bukak pon sume penuh. Mula2 pergi Nasi Ayam Penyet, tutup. Lepas tu, pergi SCR. Dua buah pon penuh gilerbabeng. Lastly pergi McD makan bubur je. Aku rasa bersalah sebab diorang terpaksa carik kedai makan bagai nak gila..


7. Bila balik rumah, mak aku cakap, kazen2 sebelah bapak aku carik aku & kakak aku sebab diorang pon jarang datang rumah aku kalo bukan sebab raya. Aku rasa bersalah sebab takde kat rumah untuk bertemu dengan kazen2 aku..


Sapa ada penawar perasaan ini??? Because it's BOTHERING me...


Saya2!!! Yang berbaju hijau itooooo!!!! Selamat Hari Raya!!!


Share

Saturday, September 19, 2009

ucaPan selamAt haRi raYa kepAda seMua bLoggers


Tyme aku menulis nie, aku baru jew habis tolong kemas rumah. Tak siap lagi nie. Nie pon ambik peluang jap sebab kakak aku pergi melabur amanah saham bumiputra...Opps..sori..hehe..

Di kesempatan ini, saya Al-Siddiq empunya murkysouldiary.blogspot.com ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa terlebih2 tutur kata dalam penulisan saya selama ini... Saya juga insan biasa yang melakukan kesilapan..

Diharap syawal yang dinanti akan memperbaharui iman kita sebagai orang islam dan mengeratkan lagi silaturahim sesama islam & manusia yang semakin rapuh kebelakangan ini.

Terima kasih kepada pembaca, followers & commenters sekalian yang sudi membaca blog ini.

Terima lah video ucapan hari raya daripada kanak2 darjah 1 & blom sekolah lagi..hehehe..

video


Selamat hari raya diucapkan kepada:

*para followers*

Cik Pqa--> http://chipsmorelicious.blogspot.com

Nur Mariaminul Amalina--> http://sigedembai.blogspot.com

[x]mint[x]--> http://duniadimatasaya.blogspot.com

ezeldacassilas--> http://erzerldacassilas.blogspot.com

agurl--> http://www.qielaszone.com

Layla Yuki--> http://laylamessy.blogspot.com

fahmi--> http://kisahfahmi.blogspot.com

maizatul--> http://nurulmaizatulmazlan.blogspot.com

En. Kusut--> http://madsxy.blogspot.com

Dunia Blog--> http://my-good-software.blogspot.com
--> http://iklanpercuma4u.blogspot.com

Syiekatsuya(BigMama)--> http://www.syiekatsuya.co.uk

En. Azrie

MR


*para commenters*

SENGAL UNTA'S
--> http://sengalunta.blogspot.com


Hope--> http://arynaa.blogspot.com

Shafie--> http://shafie87.blogspot.com

shazreena myeor --> http://gorgeouswithgossips.blogspot.com

choura@ abynn

cyborg--> http://anak2ayahmak.blogspot.com

Andy--> http://mybreakfastclub.wordpress.com

wan nouvo

joegrimjow--> http://www.joegrimjow.com

mIsSy NiTa--> http://missynita.blogspot.com

SuFy--> http://sufy-destiny.blogspot.com

green--> http://greenpatron.blogspot.com

azli--> http://www.firestartingautomobil.blogspot.com

Mr.Homosapiensz--> http://homosapiensz.blogspot.com

~Thanx you all~


Iklan jap..

baju aku dah bertukar dari oren ke hijau lakz...yay!


anyway..........


SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!!!


Share

Thursday, September 17, 2009

prEparaTion raYa...yeh3!!!! (preparE la sanGat)

Aku temankan mak aku shopping beli barang sikit nak wat kek & biskut. Takde sape nak drive kan. Bapak aku banyak keje sebab die keje kat Jabatan Swasta, so..tak same la dengan orang keje kerajaan. So, jadilah aku driver tak bergaji..huhuhu..



Jom..mencuci mata...hehehe..

Jualan murah baju2.. sure kew tahan baju tu..tah2 sok pakai dah tetas2...hehehe..



Biskut2 raya yang sedia untuk dibeli sahaja...



Manisan & masaman (ade kew...hehehe...)




Nie la kedai jual ramuan2 kek tersebut...ape ntah mimpi mak aku nak wata kueh..selama nie main tunjuk je..hehehe..




Kari2 & rempah ratus..lai3...india yang jual... sebab kari orang india sedapppp...



Mak aku tengah berurusan dengan orang jual rempah ratus..perasan tak mulut mak aku macam kuar fire lakz..hehehe...


oh..bosannya menjadi driver...kataku kepada diriku sendiri...huhuhu...



Lastly....

Nie la baju raya aku...macam baju orang kawen pulok...huhuhu...



p/s: Nanti hari sebelum raya aku akan bagi wish raya kat sume follower & pembaca blog aku..tunggu...hehe...

peace :)


Share

Wednesday, September 16, 2009

aku dituduh irreLeVent blogger(sentap nih!!!)


Merujuk kepada previous entry dimana aku digelar 'irrelevent' oleh seorang blogger yang tidak bertanggungjawab sebab tak mengenali diri aku dahulu sebelum memberi title free tersebut. Aku tak kecik ati pon & never hold grudge against him/her tapi inilah resam kehidupan seorang blogger...

Kat sini jugak aku nak menyangkal sama sekali tuduhan beliau which NEVER RESEMBLED ME AT ALL. I'm strictly said that, setiap yang die tulis tu tidak sama sekali mempamerkan peribadi aku. Tidak sama sekali.

Kejadian ini berlaku sebab beliau ingin mempertahankan kawan beliau tapi kawan beliau tak langsung bersalah sebab aku caye kawan beliau tu sorang yang baek.. blogger2 lain bagi komen yang x best pon kawan beliau reply dengan cool & wisely.

this is what he/she wrote

Disebabkan aku telah bagi komen gtau yang kawan beliau wat short film 'complicated' AGAK sikit..aku telah diberi sedas reply yang pedas. Lagipon tu personal view aku, lagipon kawan beliau tu nak both (+) & (-) komen maa...dun blame me..

Die bagi komen camnie,

"This sick n tired guy is very new to your blog. I dont think he knows that u've won loads of awards for your videos. So obviously he doesnt know how good u r so he's trying to level himself to you which is irrelevant."

Ok... lemme me strain my point..

1. About me being new? So what?? Just because you think you have all the experiences in this world make you an old-timer(otai)?? Sape2 yang dah lama blogging...so what with that??? So, we have to group people into new & old?? Macam tu kaa?? Stop being choosy, can you?? At the end, WE STILL THE SAME HUMAN BEING.

2. Yes, i dunno that your friend have won many awards. Like i care of those awards?? All i care is quality of the works & public acceptation & the filmmakers attitude.

3. "He's trying to level himself to you"..nie yang aku tak bleh terima. Aku takde pon pikiaq camtu tyme aku bagi komen. Langsung takdak. I know where I stand ok. I'm just a UITM student compared to UIA student which i noe international one...

4. Sekarang baru aku paham perasaan Serena Van der Woodsen digelar 'irrelevent' (gossip girl season 2 very last episode)..hehehe... dan2 je..hehe..


Ade lagi..then die cakap,

"Sick n tired guy dont understand or attempts to understand the feeling a young lady who survived cancer. To him, its just a video. I know u put a lot of thought into this short because it shows in the storytelling.."

5. I try to understand ok..if it is not aku pon tak sudi nak bagi komen pasal video tu. Paham?? I did not assumed "its just a video". Ok, ko nak taw x pesal aku bukak blog kawan ko tu. Becoz, I found out dat video die wat sangat rare & different. Sebab aku suke tgk video yang berlainan drpd bese. He has sumthing to offer to the viewer. Dats y la..skati je ko...


Nie yang aku reply..


Disini aku nak conclude...doesnt mean sape2 yang dah lame dalam satu bidang or ade group2 sendiri, korang boleh underestimate others opinion or themselves too. This life is about sharing & caring maa... Lagi satu, jangan sukati je nak judge orang tu sebab ko bukan kenal dengan orang tu pon.

Kalo aku la, tak berani aku nak judge orang sebab aku blom mengenali si polan tersebot pon. Tapi takper... this matter will make me a better person & be strong for next obstacles. Hehe..

Tak payah la nak kutuk2 orang lain who are out from your circle. Life is too short to be unfair ok.


I'm ok. At least for now...



Share

Tuesday, September 15, 2009

haRa$$Ed by a bANgLa (blog terbuka=macam rumah terbuka la..)



Sori sebab lama dah tak update blog diatas sebab2 tertentu. Someone thought that he was so 'otai' (so what???) in this blogging industry accused me of being IRRELEVENT. So, I think I might stop for while and think deeply of the title I just got. LoL! (later I mentioned it in my next entry). Next!

Korang kalo kuar jalan2 mesti ade terserempak dengan mat2 bangla kan? Tak mungkin tak jumpe langsung. Hehehe..

Aku teringat zaman aku sekolah rendah dulu. Masa tu aku darjah 5 kot. Aku ikot mak aku pergi pasar sayur hujung2 minggu. Mak aku jalan kat depan, aku jalan kat belakang. Tiba2 ada satu perkara tidak diingini berlaku.

Mat bangla tu peluk aku kat pinggang. Aku masa tu agak terkejut untuk memberi respon seperti penampar or terajang sebab aku kan mat blur. Maybe tyme tu aku seorang budak tecik yang masih innocent & naif kot.

Fobia aku kalo terserempak dengan mat bangla. Tapi tu dulu la. Sekarang aku bagi makan penampar je kalo die wat camtu. Hahaha..

Speaking of... lately aku di harrased oleh insan2 yang tidak bertanggungjawab (unknown no) memizkol no fon aku berkali2. Kuang hajaq tol. Satu celcom, satu lagi digi. No digi tu aku baru tau ialah no mamat indon I tell you..

Die sms camnie "Km ce apa co??"

Korang taw x aper tu??? Nasib bek aku slalu tgk sinetron sebab mak aku peminat sinetron. "Kamu cewek atau cowok?" Aku apa lagi. Mempraktikkan bahasa indon aku la.

Aku jawab "Gue cowok. Ngapain mizkol2 gue segala. Repotin aja sih!"

Lebih kurang macam tu la. Hahaha.. Ingat dah berenti. Masih jugak mizkol2 aku. Mesti beliau tahu gue ini lumayan orangnya..wek..wekkkkk.... hai mat indon...jantan pon ko nak sapu kew??!!

Satu lagi no aku tak mo layan. Perabih kedit je.

Berbalik tentang bangla, aku & geng2 aku berbual pasal bangla tyme kuar aritu. Ktorg heran camner mat2 bangla ada skill wat bangunan dengan santekkk skali walaupon diorang fresh2 dibawa dari bangla??

Tapi kesian kan kat diorang kalo bab2 kene tipu majikan sampai tido bawah jambatan?? Aku kesian atas dasar humanity yang ada dalam diri aku which is human have to be served equally.

Ape pelok2 aku nie..makan selipar kang..hingat aku nie bantal kew!!!


P/s: thanx cek pqa & shaf for d concern!! Finally my blog is open for public AGAIN!!!
Share

Sunday, September 13, 2009

what more can I say


I’m writing in the blogspot because I like being random. No specific reason. Yes, maybe the reason is obviously I like to write.

Let me tell you a story that happened to my friend since his 1st day of puasa. You might think that he just shown the true color of his family and proud of it. But you are very wrong.

Puasa is a when muslims fasting from dawn till dust, you know yourself. It gets more stressful lately because of what??? He was the only one who puasa in the family.

Its like a tradition in his family, throughout the fasting month he was the only one who survived fasting.

His father, a very heavy smoker and he cannot lives without it. Plus, he never puasa since the ice age. He knew it from his grandma whose not strict towards her childrens.

But to my surprised, his father scolded my friend for not going tarawikh which is sunat! Now he felt confused..

Next, his mother always whining about her tiredness due to the work. So, she not puasa then.

His sister almost have the same criteria. She works started 8.00 am and break at noon and started work again at 6.30 pm. During the break phase, she also break puasa at noon because tak tahan.

She was so cruel that she asked my friend to stay at his room while she eat in front of the tv.

Quite stressful or very?? Now you know that his family is not perfect as what you/I think.

But, yesterday, he & his non-muslim friend went to bazaar and he was suprised to know that his non-muslim friend also puasa. He even woke up for sahur and break fasting together with his friends.

So, I wonder… how non-muslims have that will compared to the actual muslims?

Maybe he just being bias to these minority.

His advice, when we have our own childrens, please ensured that they started fasting from their young age if their not, they will have problems when they grow up.

Tak tahan la, penat la, sakit la… that's only the reasons of not practicing since young ages. Trust me, he said.


p/s: I mentioned MINORITY k... not all of us...


Share

Monday, September 7, 2009

kucingku lari gagah berani


Itu kucing2 aku. Kiut tak??? Kiut macam tuan die x??? Die wat2 comel sebab aku nak amek gmbr..

Siang2 aku bagi lepas kat umah sebab mak aku pergi keje. Ko tengok betapa hyperaktif beliau dengan adek beliau. Sangat nakal! Berlari kulu kilir. Dah la siap cakar2 sofa mak aku.


Menurut gambar diatas, ada 1 hari tu aku meniarap baca buku sebelah katil aku. Kendian, beliau baring2 atas katil aku. Tak lama lepas tu, beliau wat terjunan lompat jauh kat belakang aku. Kira macam aku nie base loncatan untuk beliau melengkapkan lompatan die la.. Banyak cantekkk!!!


Dah penat seharian, beliau dan adek beliau aku letak balik dalam sangkar dan mereka terus tido kepenatan...

Malam aku letak dalam sangkar sebab takut die gado dengan kucing liar kat luar tu.




Nie nama dia Encek Mok..sebab die gemok sangat. Kuat makan. Die jeling aku semacam sebab tak puas hati aku panggil die Encek Mok.



Nie Cik Na sebab die nakal dan aktif. Berbeza dengan Encek Mok, Cek Na nampak redha je. Tapi beliau pon nakal leh tahan gak..



Comel kan... Encek Mok... Cik Na die pemalu ala2 malu2 kucing sikit..



Tengah bersantap. Encek Mok membalun sorang2..




*************************************





Nie bapak kucing... mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi....hehehe....(perah santan)


Share

n0mb0r 43

Hari nie keluh kesah menjadi hobi aku seperti biasa. Mana tak nyer.. kisah aku pergi bayar Astro dan Celcom Broadband pagi tadi.

Mula-mula aku nak pergi bayor kat pos office. Aku ingat bukak kol 9, sebelum kol 9 aku dah pergi menjenguk. Skali aku tengok, dah penuh dah tempat alah tu!

Guess what??? Kaunter ada 3 je. Dua kaunter pelbagai, satu kaunter bungkusan. Punya la bersopan-santun berbudi pekerti aku tanya sorang pakcik tu mana nak dapat nombor giliran, dia bagi muka kerek. Hampeh!

Aku dapat nombor 43 for god sake! Dah la kaunter bukak satu je. Satu kaunter lagi mana ntah pergi pekerja tu. Cuti ke ape ntah. Ntah2 curi tulang. Dah la manusia macam sardin, satu je kaunter bukak! AMAT HAMPEH!

Baru je no 19, nak mampos agaknya aku tunggu sampai tengah hari. Baik aku blah. Last2 aku bayar kat Bank Rakyat je.

Kekadang aku heran resam orang bekerja nie. Ada kerja tapi suka curi tulang. Orang lain macam separuh mati cari kerja, orang yang dah dapat kerja pulak slumber unta tenuk je curi tulang.

Kalo memang kekurangan pekerja, apsal tak recruit. Takde pon iklan kuar kat paper. Nak tunggu sedara-mare boss apply kerje tu sampai ke tua la takde orang isi kekosongan tu.

Tau la sekarang adat nak ambik pekerja dari kenalan orang yang bekerja tempat tu jugak. Logik kew makhluk yang bertandang punya la banyak, sekor je makhluk kat kaunter. Logik ke!

Aku rasa sape2 yang suka curi tulang tu, elok berenti kan je. Padan muka. Kalo takde keje baru menyesal. Camne la kerajaan nak meningkatkan output sektor perkhidmatan kalo ade makhluk camnie.

Lagi satu, kalo institusi yang menyediakan servis especially kerajaan, punya la berlagak mereka2 yang bekerja kat situ. Macam la aku nak sangat menghadap korang. Muka masam tahap cipan. Penat-penat je aku berbudi pekerti, takde pekdah.

Sekarang aku dah faham, kalo seseorang tu mula-mula start nak keje, wujudnya nilai murni seperti baik hati, rajin, suka senyum. Kalo dah lame keje, naik lemak dah.. Start nak masam2 muka, tak boleh nak tanye sikit mesti melenting. Keje pon bukan bagus sangat dah berlagak. Blom lagi jadi boss!

Aku berharap satu hari nanti bila aku dah bekerja aku akan mengekalkan etika berkerja dengan betol dan masih sidd yang dulu, murah dengan senyuman, rajin, peramah & tidak menghakimi seseorang terlalu awal..chewaahhh..angkat bakul sendiri nampak...wekkkkk...

Korang nak tau apsal???? Sebab aku pernah merasa di layan dengan buruk ketika berurusan di kaunter dan aku paham perasaan sape2 yang pernah terkena. Mesti korang paham perasaan diorang kan?

Korang mesti pernah berdiri di tempat diorang kan?


Sekian...bebelan untuk hari nie...sekian terima kasut.


Share

Sunday, September 6, 2009

bahagi menjadi dua!!


Mesti korang heran kan apsal blog aku sekejap skipping london sekejap skipping melayu? Aku pon xtaw maybe sebab aku suke makan rojak kot.

Dan aku mengambil keputusan untuk membahagikan blog aku kepada dua iaitu blog bahasa melayu iaitu blog yang korang tengah baca nie dan satu lagi blog bahasa inggeris.

Aku nak edit entry2 aku yang sebelum nie supaya korang x fening2 lalat.

Aku ada gak bercadang nak wat blog pasal makanan sebab aku suka makanan! Hehehe...

Sebenarnya tujuan aku ialah untuk mencuba kedua-dua bidang penulisan. Tu je...

Peace! Eh..salah... aman!!!
Share

Lelaki cuRang aTau Pompuan cuRang??


Accidently aku tak bleh tido seperti yang aku pernah mentioned kat previous entry. Tyme aku menaip nie dah dah kol 1.08 pagi, tv bilik aku bukak supaya kedengaran meriah sikit tak la sunyi sangat. Hp aku bagi silent sebab aku tak suka bunyi henpon malam2 bising.

Bapak aku tido kat ruang tamu, depan tv sebab baru-baru nie beliau ske tengok Animal Planet kat channel 556 tu...klakar kan bapak aku..hahaha..

Hari nie aku dapat tau yang seseorang yang aku kenal dah bermain kayu tiga selama 2 tahun lamanya. Aku agak terkejut sebab aku kenal beliau seorang yang baik hati dan sentiasa menjaga kebajikan keluarga. Pendek crita suami mithali la (bukan bapak aku ok..lol).

So, aku pon terfikir adakah suami curang merupakan trend pada zaman sekarang? Kenapa aku slalu dengar kisah suami yang curang? Kenapa pompuan takde? Adakah trend nie mesti diikuti oleh sume lelaki? Kenapa lelaki bleh curang?

Adakah sebab:

1) Tak puas dengan isteri.
2) Memang playboy dari dulu lagi.
3) Cinta pandang kedua.
4) Trend lelaki 2009.

Ok..kalo aku tak ikut trend tu adakah aku ketinggalan zaman? Setahu aku kalo lelaki sama lelaki yang dah berkeluarga berlepak kat kedai kopi ke. Agak-agak la dialog diorang akan jadi camni.

Abu: Pesal ko muram Ali?
Ali: Ntah la. Aku macam bosan je dengan bini aku.
Ahmad: Bosan? Apsal lak?
Ali: Aku rasa aku ada perasaan sikit la dengan pompuan yang aku baru kenal tu.
Ahmad: Sape? Liza?
Abu: Lawakan beliau... baik lagi tu..
Ali: Hati aku dah suke la..

(dah nak start dah...)


Atau...


Abu: Ahmad! Ko tengok pompuan tu.. lawa nyer..
Ali: Aah la.. kalo dapat kan best.
Ahmad: Aku nak pergi mengorat lah..

(Nie sesi mencuci mata)


Atau...


Ali: Dah lame dah study kat sini? (bunyi ikhlas)
Liza: Aah. Lame dah. Nie semester ke-4 saye.
Ali: Amek kos ape?? (ayat wajib)
Liza: Bussiness study.

(Setelah lame berborak akhirnya bertukar2 no fon... bermula la sesi sms berjela2 non-stop)



MUNGKIN betol atau tidak dialog diatas tapi masalahnya mereka sume sudah berkeluarga. Bukan setakat tu..ekonomi pon dah stabil, anak2 pon comel. Keluarga bahagia la katakan. So, ape lagi yang nak di cari dalam hidup nie??

Bukankah semasa kawen mula-mula dulu, itulah cinta pertama? Kenapa boleh ada cinta kedua? Kalo betol lah nak berpoligami..adakah kasih sayang boleh dikongsi?

Mustahil la seseorang yang aku kenal tu takde terlanjur dalam masa 2 tahun nie. Kesian kat anak bini die. Bleh plak bertahan sehingga dua tahun. Cinta kot..

Aku rase faktor utama ialah persekitaran tempat kerja yang membabitkan 2 orang bekerjasama lalu hanyut. Aku masih tak paham camner perasaan cinta boleh muncul kali kedua? Adakah perasaan cinta pertama masa kawen mula2 dulu bukan cinta pertama?

Mesti korang pelik apsal aku seorang lelaki membincangkan tentang kejahatan lelaki jugak. Sebab utama ialah sampai masa aku nak kawen nanti, aku nak make sure yang wanita yang aku kawen tu aku betol2 cinta sebab aku takut aku jatuh cinta dengan orang lain kali ke-2!

Insyaallah, aku walaupon aku dikelilingi oleh orang2 yang bad influence I'm still hold to myself easily. Kalo aku betol2 suka kat pompuan tu, aku akan setia sehingga aku bleh ketepikan pompuan2 yang lain dengan mudah. Walaupon digoda aku akan senang menepis..chewahh... Kecuali kalo aku kene sihir la..tu lain cite..huhuhu...

Maybe trend lelaki2 muda yang dah berkahwin untuk curang kot atau lelaki sekarang harus tergoda dengan pompuan yang lebih baik dari isteri sendiri, baru la cool...atau kalo ade sape2 lelaki yang bace blog aku diorang akan kate,

"Alah...biase la zaman sekarang. Pompuan banyak lagi kat luar tu...Rilex la..."


Macam tu kew???


p/s: Dah la aku nie confused guy..tambah lagi confused..haru2...


Share

Friday, September 4, 2009

camNe nak paKai coNtacT len$ caRa aKu (entrY yaNg stereotype)

Bahan-bahan:

Aku menggunakan brand Multimate solution. Entah aku pon tak taw pesal aku pilih brand nie sebab aku pilih secara random.Maybe sebab brand nie multipurpose kot..



Tengok dekat-dekat...banyak kegunaan kan...ngeeeee~


Kendian korang kene ade lens. Aku pilih softlens Johnson & Johnson (promote nampak) sebab aku ske lens nie lembut dan x menyakitkan mata. Lembut dan garing..





Lepas tu, kena ade bekas lens untuk simpan. Mana2 jew ade jual. Lagi bagus kalo korang beli solution ade free bekas lens. Jimat wet...






Prosedure:


1. Basuh tangan dengan Dettol or sabun obviously untuk membunuh kuman sebab pakai lens kene ade hygiene yang tinggi. Take note! Selain itu untuk membunuh kuman h1n1!





2. Lap tangan lek lok. Bagi kering supaya senang di hari kemudian..





2. Bukak lens dr bekas yang di seal tu. Kalo lens yang fresh2 dari bekal seal lens tu, korang leh letak terus kat mata.

Kalo simpan kat bekas lens biasa ambik dulu, then letakkan betol2 kat ujung jari telunjuk. Ini memerlukan skill. Hehehe... Make sure betol2 ujung dan lens tu cembung ke atas.





3. Titiskan solution dalam lens. Letak la dalam 2 titis or setitis ke.



4. Masukkan ke dalam mata dengan perlahan. Kalo dah selesa..blink2 kan mata berkali2 (blink 182 kali). Kalo kite letak solution mesti xde masalah sebab mata nakkan lens tu dlm keadaan lembab. Kalo kering nanti sakit.






5. Kalo dah nak tido, or rase nak bukak gunakan 2 jari iaitu ibu jari & jari telunjuk untuk menanggalkan. Lagi senang dan tidak merosakkan lens.

Pastikan solution letak BANYAK sket dalam bekas tu. Jangan kedekot, ade banyak lagi solution tu..hehe..Letak elok2 dalam posisi asal supaya senang nak pakai balik.




Penjagaan lens:

Kalo korang rasa tak selesa kat lens tu maybe:

*lens tu kotor.
*tangan korang ada unsur2 pedas.
*solution dalam bekas lens korang tak tukar (mesti tukar tiap2 hari!)
*lens tu dah rosak seperti koyak etc. (kalo koyak jangan gunakan lagi, sile beli baru k)


Kalo rasa tak selesa, bleh la cuci mengikot prosedur dibawah.


1. Kalo nak cuci, 1stly letakkan atas tapak tangan.




2. Tuangkan solution bagi banjir sket. Macam membilas baju..hehe..




3. Gosok permukaaan lens atas dan bawah dengan hujung jari kelingking or mana2 jari je. Gosok pelan2 kang rosak kang.



Dah siap! Kalo nak pakai terus pon bleh. Ulang dari atas skali. Kalo nak simpan kat bekas tu pon bleh..xde masalah..



*Sebelum*



berasa sugul dan suram seperti telo dihujung tanduk

*Selepas*





yeahhh!!! Lebih selesa dan berkeyakinan!! (ayat tak bleh blahhh)


Selamat Mencuba!!!



p/s: kalo salah sila jolokan..eh..tunjukkan....hehehe...