*karangan ini hendaklah tidak melebihi dari 180 patah perkataan dan ditulis dalam Bahasa Melayu baku*
Saya ada seorang kawan bernama Ali. Dia sebaya umur saya dan kami sama-sama belajar kursus yang sama. Saya mengenali dia baru setahun yang lalu dan saya dapati dia seorang yang kurang bersosial seperti remaja yang lain. Hati kecil saya berkata, baguslah begitu kerana tidak seperti remaja lain yang sangat bangga menjalani kehidupan yang sosial.
Dia sudah mempunyai teman wanita tetapi bukan ditempat kami belajar. Teman wanitanya nun jauh di pantai timur. Saya tidak peduli sangat kerana itu adalah hal dia. Dia selalu tolong saya jika saya memerlukan bantuan dari segi pengangkutan. Semasa saya tidak dapat masuk rumah sewa saya kerana berkunci, dia yang menolong saya menghantar saya ke asrama kawan saya pada tengah-tengah malam. Kalau tidak tentu saya sudah tidur diluar. Tapi sekarang saya sudah ada skuter sendiri.
Tetapi keperihatinan dia menakutkan saya. Dia selalu cakap dia bangga berkawan dengan orang Sarawak sebab orang Sarawak lain daripada yang lain kerana dia juga berkawan dengan kawan-kawan perempuan saya. Dia cakap orang Sarawak cantik-cantik, putih-putih & gebu-gebu. Saya kurang pasti pendapat dia kerana saya rasa biasa saja. Barangkali mungkin.
Saya selalu suruh dia menghantar saya ke rumah kawan-kawan saya walaupun saya ada skuter sendiri tapi berasa malas pula mahu bawa skuter. Tidak pernah dia merungut. Selalu jugak itu. Saya rasa macam memperalatkan dia pula. Lepas lepak dengan kawan-kawan, saya suruh pula dia ambil saya. Kadang-kadang sampai pukul 1 hingga 2 pagi sanggup dia ambil saya. Lagipun malam dia lewat tidur. Kadang2 subuh baru tidur.
Kalau pergi makan, mesti ajak saya makan. Kadang-kadang jika saya keluar dengan kawan-kawan, dia sanggup tunggu sampai lewat malam. Kemudian pergi ke restoran 24 jam seperti KFC atau McD atau kedai mamak 24 jam. Kalau saya kadang-kadang memasak dirumah, dia selalu cakap untung orang dapat saya. Saya berasa pelik. Tapi saya malas nak fikir. Kadang-kadang, saya malas nak layan dia sebab kadang-kadang dia cerewet. Kami tidak bertegur sapa selama beberapa hari. Kemudian dia beritahu kawan saya, nak pujuk saya sambil membawa bunga. Hati kecil saya berkata, gila apa.(betul kah ayat itu?)
Selepas kami berbaik, saya pun sengaja bertanya soalan kepada dia sekadar untuk menguji. Saya tanya dia sayang saya atau tidak. Mula-mula dia tidak mahu jawab. Kemudian dia cakap dia sayang. Dia suruh saya tanya kawan saya berapa kali dia tanya tentang hal saya. Kemudian, saya ajak dia pergi Uptown. Dia cakap sebab nak keluar dengan saya, dia tidak pedulikan mesej teman wanita dia beri berkali-kali. Setelah balik dari tempat itu baru dia bermesej. Kami ada membeli T-Shirt infection di times square tapi berlainan corak. Sangat cantik rekaan infection. Saya nampak dia teruja. Saya menguji dia dengan bertanya supaya lain kali membeli couple T-Shirt. Dia cakap dia setuju. Tapi saya bukan serius pun mahu. Bergurau saja.
Saya ada seorang kawan perempuan teman tapi mesra nama dia Aminah. Saya selalu keluar dengan Aminah dan rapat dengannya. Pada suatu hari, saya dan Ali berlepak bersama-sama di rumah saya, kemudian Aminah mesej saya ajak keluar. Saya pun beritahu Ali saya nak keluar. Kemudian saya ke bilik untuk menukar baju. Ali datang ke pintu bilik saya dan bertanya, adakah saya betul-betul mencintai Aminah. Saya rasa soalan itu pelik. Saya pun cakap saya malas nak jawab sebab soalan itu tidak perlu untuk dijawab.
Saya ada mengajak Ali menghantar saya ke rumah kawan saya sebab saya hendak mengambil software dari kawan saya itu. Saya suruh Ali masuk ke dalam kawasan flat tapi dia tidak mahu sebab takut tidak lepas pengawal keselamatan. Saya tahu dia cerewet, jadi saya pun masuk lah berjumpa kawan saya. Pindah software mengambil masa juga. Setelah selesai, Ali tanya saya kenapa saya lambat sangat dan bertanya lagi saya berjumpa dengan siapa dan apa yang saya buat di sana. Sudah semestinya saya malas nak bersoal jawab dengan Ali sebab saya rasa soalan dia merepek macam kerepek.
Sudah seratus lapan puluh perkataan ke belum yer? Kurang pasti jugak. Begitulah cerita kawan saya. Saya harap dia tiada perasaan terhadap saya. Jika ada, saya akan berasa kekok. Sekian terima kasih. Wabilahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.
(180 patah perkataan)
0 comments:
Post a Comment